Kerani Pejabat (Office Support)
Kami sedang mencari individu yang bermotivasi dan berkemahiran untuk menyokong operasi pejabat bekerja sepenuh masa (full-time). Calon yang sesuai perlu mempunyai kemahiran pengkomputeran yang baik, memahami bahasa Inggeris, dan mampu melaksanakan pelbagai tugas.
Tanggungjawab:
- Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran am seperti kemasukan data, pengorganisasian fail dan dokumen, tandakan bungkusan serta tugas koordinasi lain.
- Meningkatkan kecekapan pentadbiran dan pengurusan proses penghantaran.
- Menangani permintaan dan pertanyaan daripada pelanggan atau pihak lain dengan mesra dan profesional.
- Melaksanakan aktiviti pengeluaran di gudang, termasuk memproses pesanan dalam talian dengan tepat dan efisien.
- Memastikan kerja yang sangat teratur, berorientasikan perincian, dan mampu melakukan pelbagai tugas dengan mengekalkan ketepatan.
- Mampu mengekalkan kerahsiaan dan mengendalikan maklumat sensitif dengan profesionalisme.
Kelayakan:
- Minimum SPM atau sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman berkaitan.
- Fresh grad dialu-alukan.
- Mahir dalam menggunakan Microsoft Office Suite dan Excel.
- Bahasa yang diperlukan: Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Pengetahuan dalam Bahasa Mandarin adalah satu kelebihan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
- Mesti ada kenderaan sendiri dan sanggup bekerja di kawasan Kota Damansara.
WhatsApp Resume for Interview →